Tuesday, October 6, 2009

Ayah Selalu Ada..

Assalamualaikum..

Hari ini genap sebulan ayah pergi tinggalkan semua..
Bantal ayah, kain pelikat ayah, wheelchair ayah, tongkat kaki tiga ayah..semua ada kat tempat yang sama..

Tiap minggu aku balik, aku akan tido dengan mak, dekat side ayah..aku tau mak terjaga tengah malam dan menangis..aku peluk mak dan kata 'mak rindu ayah ya? takpelah, menangislah..' lagi kuat mak menangis..

Kucing, ayam ayah semua pun berkelakuan baik saja..mesti semua pun nak tinggalkan rumah ni sebab takut kena dera secara mental..ayah saja yang layan kucing2 dan ayam2 dengan sangat berhemah tinggi..mak punya ikan kembung rebus yang harga rm8 sekilo pun ayah bagi kat kucing makan..bila petang ayah akan bising panggil semua kucing.. 'ciki, kera, danny, dan ramai lagi, meh makan biskutttt' (biskut = friskies tumbuk campur nasi panas)..

Lampu suluh atas kepala katil ayah pun masih ada lagi..mak kata ayah suka suluh jam..kenapa ayah suka suluh jam? Sebab ayah sebenarnya tak tido kan? Kenapa ayah tak tido?

Hari tu, Haziq (cucu ayah yang super duper pelakon, manja, suka pau mainan dan gula2 lipstik yang takde faedah dia makan dan buat malu ja makan gula2 tu sebab kau boy, dik..boy!)cakap pada ibu dia..

Haziq : Bu, atok alik..
Ibu Dia : Mana?
Haziq : Lam lik, ngan opah..

Semua benda pun ada kenangan dengan ayah..tak pernah ayah pergi tinggalkan aku selama ini..

Friday, September 18, 2009

...KehilangaN 2...



Kehilangan tidak semestinya kerugian. Ada masanya ia menjadi begitu hampir dan sangat akrab dengan kita. Ketika kehilangan wang ringgit, kerugiannya tentu dilihat kuantitinya, banyak atau sedikit. Kehilangan orang, disayang atau sebaliknya, dalam apa keadaannya sekalipun, sering pula dilihat melibatkan makna kehadiran. Begitu, kehilangan ada kalanya adalah juga kehadiran, selama mana kehadiran itu dimaknakan dalam jiwa.

**credit to Dr. Nash

...Kehilangan...

Apabila bercerailah nyawa dari badan maka terdengarlah seruan dari langit tiga kali:
a. Hai anak Adam, adakah engkau tinggal dunia atau dunia tinggalkan engkau?
b. Hai anak Adam, adakah engkau himpun dunia atau dunia himpunkan engkau?
c. Hai anak Adam, adakah engkau bunuh dunia atau dunia bunuhkan engkau?

Apabila dihantar ke tempat mandi berserulah suara dari langit tiga kali:
a. Hai anak Adam, di manakah badan engkau yang kuat mengapa jadi lemah?
b. Hai anak Adam, di manakah lidah engkau yang petah bercakap mengapa diam?
c. hai anak Adam, di manakah kekasih engkau mengapakah jadi mulia rakan engkau?

Apabila dibawa ke atas kain kapan maka menerjah suara dari langit tiga kali:
a. Hai anak Adam, engkau herjalan kepada perjalanan yang jauh dengan tidak berbekal?
b. Hai anak Adam, engkau keluar dari rumah tiada akan engkau kembali selama-lamanya?
c. Hai anak Adam, engkau tinggal segala kenderaan maka tiada engkau kenderaan selama-lamanya? Dan engkau berpindah kepada negeri yang huru hara!

Apabila manyat dibawa di atas pengusung (keranda) maka menyerulah suara dari langit tiga kali:
a. Hai anak Adam amat beruntunglah (bahagialah) kamu jika kamu menjadi seorang yang bertaubat.
b. Hai anak Adam amat beruntunglah (bahagialah) kamu jika amal mu baik.
c. Hai anak Adam amat beruntunglah (bahagialah) kamu jika sahabat mu dalam keredhaan Allah — dan amat rugilah (celakalah) kamu jika sahabat mu orang yang dimurkai Allah.

Apabila mayat diletakkan untuk disembahyangkan maka menyerulah suara dari langit tiga kali:
a. Wahai anak Adam segala amal mu yang telah kamu lakukan akan kamu lihat.
b. Wahai anak Adam, jika amal mu itu baik kamu akan lihat baik.
c. Wahai anak Adam, jika amal mu itu buruk maka kamu kan lihat buruk.

Imam Annas bin Malik Radziyallah Anhu berkata, bahawa bumi setiap hari berkata:
a. Wahai anak Adam, kamu berjalan di atas ku, kamu akan kembali ke dalam perut ku (kubur).
b. Hai anak Adam, kamu berbuat maksiat dan dosa di atas ku, dan kamu akan disiksa di dalam perut ku (kubur).
c. Kamu bergurau di atas ku, dan kamu akan menangis di dalam perut ku (kubur).

Wallahualam..."sesungguhnya mati itu pasti"

Apabila seorang manusia meninggal maka putuslah amalnya, kecuali tiga hal:
Sedekah jariah, anak yang soleh yang mendo'akannya atau ilmu yang
bermanfaat sesudahnya. (HR Muslim, Abu Dawud, At-Tirmidzi, Nasa'i dan Ahmad)

** Al-Fatihah buat ayahanda tercinta yang telah pulang menemui Allah pada 7 september, 2009 (17 Ramadhan 1430H)..

Saturday, September 5, 2009

Sepatutnya Bila Berpuasa Otak KIta Cerdas- Nak salahkan Pil Pati Ayam Brands

Assalamualaikum!

Sejak 1 Ramadhan aku telan pil pati ayam Brands..dengan beberapa harapan seperti berikut :

1) Klien aku cakap skrip ini
Aku : Ok, saya check dulu perkara ni, esok pagi saya telefon balik ya?
Klien : Ok, tapi semalam pun kata nak telefon balik..tak telefon pun..

2) Classmate aku tak salahkan aku dalam kelas sebab tak ingat fakta dia sewaktu dia buat presentation..(fakta dia ya..bukan aku yang tengah present kat depan..)

3) Aku tak malukan diri aku depan bos aku
Aku : Eh, kenapa saya tak datang opis hari tu ya?
Bos : Sebab kau ada exam la..eh? apasal aku pulak yang ingat?

4) Supaya aku tak makan 'murtabak yang telur ayam sudah dibasuh' 3 hari berturut-turut hanya kerana aku tak boleh fikir makanan lain..

Am I brain damage?

ps ** mari sembahyang terawikh 20 rakaat..

Friday, August 28, 2009

Sila Cerdik - Mana Boleh Anggap Orang Macam Tunggul

Assalamualaikum!

Memang sekarang bulan puasa..walaupun cuma sahur dengan air oren, tetap kau kena puasa kalau kau dah akil baligh..bak kata ustaz tadi dalam ceramahnya "kalau lembu makan siang hari waktu bulan ramadhan, itu takpe..sebab dia binatang.."

Menjawab kepada soalan Achel yang berkarisma tanya soal 'pembelengguan syaitooonnn', ustaz kata - "11 bulan kita ditarbiah syaitan, sebulan syaitan kena belenggu, ada apahal manusia nak ganti syaitan? sifat kesyaitanan itu telah bersarang dalam diri kita, hadirin hadirat..."

Ustaz kata lagi (bukti aku dengar ceramah dan bukan tido waktu ustaz bagi ceramah) "bulan puasa kena sabar..kalau kita nak marah anak buah tak buat kerja, pun kena kensel sebab kita sedang berpuasa..paling kuat pun cakap - nasib baik aku puasa kalau tak dah lama aku tempeleng kau.."

Aku : Aku tau ini bulan puasa, aku tau ko tak suka kerja dengan aku, tapi aku ada rupa tunggul ke?

ps * orang kata aku rupa siti nurhaliza..ulang suara..bukan aku cakap, orang yang cakap...hehehehhhh (ketawa jahat, tangan letak belakang, kepala angguk2..)

Friday, July 24, 2009

Semua Orang Pun Perlu Tahu Beza Antara Kurap Dengan Eczema- Mesti!

Assalamualaikum!

Nombor aku dipanggil..aku ketuk pintu..

Doktor : Ya..ada masalah apa..

Aku duduk..aku pandang doktor..Mak aihh!! Kacak sangat..Aku serba salah pulak hendak cakap masalah..kenapalah temu kan aku dengan doktor sekacak ini..relakah aku membuka pekung di dada?
Tapi..Kata2 seorang sahabat terngiang2.."ko baik pegi dokter la..serius aku tengok kurap ko ni..buruk pulak tu..sebatu nampak..'

Aihhh!! Ini satu fitnah yang perlu aku sangkal dengan bukti2 kukuh..tak tido malam aku memikirkan..kaki aku ni semakin lama aku garuk dah macam kulit ayam aku tengok..

Terngiang2 jugak kata2 kawan kakak aku yang nak sangat tgk kaki aku secara online.."ko ambik minyak tanah, lepas tu sapu..haaa..lepas tu ko bakar..tu kudis api tuu"

Aihhh!! Aku berasa tercabar..tohmahan ni dah semakin berleluasa..terjejas reputasi aku..

Doktor : Okay..ni saya bagi ubat sapu dengan ubat gatal ya..2, 3 hari boleh baik..

Aku : Dokter, ini bukan kurap kan..? (aku tanya sambil betulkan kaki seluar..muka innocent)

Doktor : Isyy..bukannn..ni adik beradik eczema..

Aku : Dokter, tolong tulis kat laporan dokter saya bukan kurap..penting tu..



*p/s

kakak aku : doktor kata apa?

aku : eczema..

kakak aku : macamla org tau eczema tu apa, orang tau kurap jer..

aku : haihh!! (dalam hati)

Tuesday, July 7, 2009

Berapa Pentingkah Air Bagi Sebuah Van? - Aku

Assalamualaikum!

Van ni semakin laju..angin gunung mula tampar muka aku..aku mula pegang tingkap..ada sikit kecut dalam hati..tapi demi maruah, aku tidak akan peluk brader sebelah..jalan bengkak bengkok kat Ranau macam jalan Batu Arang pulak aku terasa..bila nak sampai selekoh, Rudy tekan minyak..dalam hati aku suruh Rudy tekan brek sikit..tiba2 aku ragu kesahihan lesen memandu Rudy..

Rudy cakap2 dgn co-pilot..sangat petah dalam bahasa tempatan..sambil bawak van, Rudy pusing2 pandang blakang tengok keadaan penumpang..tiba2 Rudy tukar lane, pangkah jalan sebelah..terus parking kat tepi semak..semua orang panik..

*****

Tourist Guide : Kenapak ni Rudy?

Rudy sua telinga pada bahagian enjin..semua orang pun nak dgr dekat kawasan enjin dengan cara sua kan telinga..

Rudy : Sudah panas enjinnya..dengar kau itu bunyi airnya masak..kurang air ini..

Tourist Guide : Itu la sudah aku bilang, periksa dulu bah keretak ini..haaa sekarang baru kau tau betapa pentingnya air kan? Bla bla bla..

Tourist Guide : Bila last kau service ini keretak, Rudy?

Rudy : Tiada pernah..kenapak?




Aku : Rudy, boleh saya ambik gambar?

Rudy : Boleh..dari sisi atau dari depan?

Aku tak salahkan Rudy..van ni mmg gagah..5 tahun tak pernah servis, masih steady naik turun Taman Kinabalu..cuma gagal sekali saja..